Memaksimumkan impak kepelbagaian bunga dalam landskap menggunakan teknologi kiub gambut

Hanim Ahmad, Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin dan Zulhazmi Sayuti 

Ringkasan

Teknologi kiub gambut merupakan satu kaedah penanaman tanaman hiasan dengan menggunakan medium yang dipadatkan dalam bentuk kiub pelbagai saiz, tanpa menggunakan bekas tanaman. Kiub gambut diformulasi khas dan mempunyai beberapa kelebihan iaitu mengelakkan pembelitan akar dan memberikan keperluan tanaman secukupnya untuk tumbesaran. Pertumbuhan tanaman hiasan dalam kiub gambut didapati lebih cepat disebabkan oleh pengudaraan yang cukup berbanding dengan tanaman yang ditanam di dalam bekas. Setelah berbunga, tanaman kiub gambut sesuai digunakan sebagai komponen dalam mengindahkan lagi landskap bagi memperoleh landskap segera dan impak pembungaan yang maksimum iaitu melalui pendekatan penyusunan secara monospesies dan multispesies. 

Teks Penuh (302 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.