Kaedah pembiakan pokok rantai emas

Ab Kahar Sandrang, Hanim Ahmad dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan

Pembiakan pokok rantai emas (Lophanthera lactescens) secara biji benih kurang dijalankan di negara ini disebabkan oleh peratus percambahan biji benih yang amat rendah. Pembiakan tampang konvesional seperti tut dan keratan juga kurang efisien untuk penghasilan bahan tanaman berskala  besar. Kajian menunjukkan buah/biji benih yang bernas boleh diasingkan disebabkan ketumpatan buah/biji bernas lebih tinggi berbanding dengan buah/biji yang tidak bernas. Melalui pengasingan ini, kerja memproses buah (membuang kulit buah) dapat dikurangkan dan peratus percambahan dapat ditingkatkan. Dengan adanya anak pokok yang muda hasil daripada semaian biji benih, pembiakan secara keratan mikro dapat dijalankan. Keratan mikro memberi peratusan kejayaan yang tinggi dengan masa pengakaran yang singkat. Gabungan kaedah semaian biji benih bernas dan kaedah keratan mikro membolehkan bahan tanaman pokok rantai emas dihasilkan dengan cepat pada skala yang besar. 

Teks Penuh (550 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.