Varieti padi berpotensi di Bank Gen Padi Kebangsaan, MARDI Seberang Perai berdasarkan ciri-ciri morfologi

Site Noorzuraini Abd Rahman, Mohd Ramdzan Othman, Nur Idayu Abd Rahim dan Mohd Shukri Mat AliĀ 

Ringkasan

Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka kepelbagaian ciri morfologi yang wujud dan mengenal pasti varieti padi yang berpotensi untuk penyelidikan dan pembaikbakaan padi. Aktiviti pencirian morfologi pokok padi dilaksanakan dengan merujuk kepada Senarai Pencirian Padi atau Rice Descriptor List yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Beras International Board for Plant Genetic Resources - International Rice Research Institute (IBPGR-IRRI). Analisis kluster berdasarkan ciri kuantitatif mendapati varieti RP 2068-32-6-1 dan R 6682 menunjukkan perkaitan rapat dengan MR 143 pada pekali persamaan = 0.74. Berdasarkan ciri kualitatif mendapati enam varieti menunjukkan skor yang baik iaitu MR 219, MR 219 (UPM4), MR 219 (UPM9), MR 143, IR65601-10-1-2 dan IR65601-67-3-2. Analisis kluster berdasarkan ciri kualitatif mendapati varieti IR66740-AC1-3 menunjukkan perkaitan rapat dengan varieti MARDI pada pekali persamaan = 0.70. Varieti padi yang mempunyai ciri morfologi yang rapat dengan varieti MARDI adalah berpotensi dan sesuai diperkenalkan kepada pembaik baka untuk pembangunan varieti padi moden.

Teks Penuh (598 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.