Hibrid orkid Cattleya MARDI: Pilihan baharu tanaman hiasan berpasu

Farah Zaidat Mohd Nadzri, Rozlaily Zainol dan Najah Yahaya 

Ringkasan

Pembangunan hibrid orkid Cattleya di MARDI secara giat telah dimulakan sejak tahun 2003 melalui Program Pembaikbakaan, Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI. Usaha mempelbagaikan variasi warna bunga dan meningkatkan ketahanan pokok serta kekerapan pembungaan melalui proses penghibridan dapat mempromosikan pokok orkid jenis iklim berhawa sederhana ini sebagai pokok berpasu di kawasan beriklim tropika seperti di Malaysia. Kacukan antara spesies dan hibrid Cattleya terpilih telah dijalankan berdasarkan ciri-ciri bunga dan pokok yang dikehendaki seperti warna, bentuk, saiz, jangka hayat bunga dan kekerapan pengeluaran bunga serta ketahanan pokok. Sejumlah enam hibrid Cattleya telah berjaya dibangunkan dan lima daripadanya mempunyai bunga yang berbau wangi iaitu Cattleya Datin Robiah, Rhyncholaeliocattleya Datin Seri Rosmah, Rhyncholaeliocattleya Toh Puan Norkiah, Catthilianthe Datin Rahailah dan Rhyncholaeliocattleya Datin Seri Rosmah ‘Purple’. Cattleytonia Datin Zuraidah pula kerap berbunga dan mampu mengeluarkan bunga 6 – 7 kali/tahun. Kesemua hibrid ini telah dinamakan sempena nama beberapa orang ternama (VIP) di Malaysia dan telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di United Kingdom. Pembangunan hibrid orkid baharu Cattleya dapat memenuhi permintaan pasaran yang tinggi untuk pokok orkid berpasu bukan sahaja untuk pasaran tempatan malahan luar negara. 

Teks Penuh (554 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.