L6 – Nanas baharu untuk pasaran segar

Rozlaily Zainol, Nurul Shamimi Abdul Ghani, Noorman Affendi Marzukhi, Mohd Azhar Hassan, Ahmad Hafiz Baharom, Nor Afzan Ramli, Noraimi Nordin, Mohd Saiful Nizam Razali dan Mohamad Faizul Faiz S.

Ringkasan

Bagi menghadapi pasaran dunia yang lebih kompetatif, MARDI telah melaksanakan Program Kajian Pembaikbakaan Nanas yang komprehensif dengan objektif utama adalah untuk menghasilkan varieti yang lebih berkualiti dan berdaya saing. Hasil daripada Program Kajian Pembaikbakaaan Nanas, satu titisan nanas baharu, L6 telah dibangunkan di mana titisan tersebut telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada induknya Josapine dari segi kualiti buah, saiz buah, pengeluaran sulur sebagai bahan tanaman dan kerintangan terhadap penyakit reput teras bakteria. Keistimewaan L6 terletak pada buahnya yang berkualiti; isi manis, berwarna menarik, beraroma dengan tekstur buah agak rangup dan kurang rasa lidas yang menjadikan nanas ini sesuai sebagai pasaran segar. Mengatasi kekurangan pada nanas Maspine, pokok L6 menghasilkan banyak sulur tangkai yang boleh digunakan sebagai bahan tanaman dan ini menjimatkan masa dan kos untuk penghasilan bahan tanaman yang baharu. Tempoh matangnya juga lebih singkat daripada nanas Maspine dan pokoknya yang tidak berduri pasti digemari petani kerana keadaan ini memudahkan dan mencepatkan penyelenggaraan di ladang, justeru dapat mengurangkan kos buruh dan kos pengeluaran. Hibrid ini juga boleh ditanam di tanah mineral dan dijangka akan dapat mempertingkatkan keluasan kawasan penanaman nanas negara yang pada masa ini, terhad di kawasan tanah gambut. Oleh itu, hibrid baharu ini dijangka akan menjadi salah satu nanas manis berkualiti yang digemari di samping varieti sedia ada untuk pasaran segar. 

Teks Penuh (300 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.