Prestasi hasil varieti padi MR 253 dan MR 263 mengikut zon kesuburan tanah

Category: Bil. 1 (2012)

Sariam Othman, Zainuddin P.M.D. Hussain, Elixon Sunian dan Shahida Hashim

Ringkasan

Prestasi hasil varieti padi MR 219 dan MR 220 yang telah ditanam secara berterusan di kebanyakan kawasan padi negara semakin menurun akibat serangan penyakit terutamanya penyakit karah dan perosak. Bagi mengatasi masalah tersebut, varieti padi MR 253 dan MR 263 yang telah diisytiharkan pada tahun 2010 dengan prestasi hasil setanding dengan hasil MR 219 disyorkan untuk penanaman. Varieti-varieti tersebut telah diuji dalam pelbagai peringkat ujian mengikut zon kesuburan tanah sawah di Semenanjung Malaysia. Di kawasan yang tinggi kandungan organik (gambut) dan tanah masam, MR 253 ialah varieti padi paling sesuai. Di kawasan subur, sederhana subur dan kurang subur pula disyorkan untuk menggunakan varieti MR 263. MR 253 dan MR 263 yang lebih rendah dan matang lebih awal berbanding dengan MR 219 dapat membantu mengatasi masalah padi rebah dan seterusnya meningkatkan hasil.

Teks Penuh (246 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.