Kecenderungan pengguna terhadap produk ikan MARDI

Category: Bil. 2 (2012)

Rashilah Mohamad, Nur Fazliana Md. Noh, Jamaludin Kasa dan Che Rohani Awang

Ringkasan

Kajian ini tertumpu pada penerimaan pengguna terhadap produk berasaskan ikan yang dibangunkan oleh MARDI. Lima jenis produk ikan tersebut ialah patin berserdak roti, filet tilapia strukturan berserdak roti, cip berserat tinggi lolong bara, kebab keli dan tempura ikan patin. Seramai 935 responden telah menjayakan kajian ini yang dijalankan di empat zon utama Malaysia Barat, iaitu zon utara, zon pantai timur, zon tengah dan zon selatan. Responden telah diminta menjalankan ujian nilai rasa dan menjawab beberapa soalan demografi berpandukan soal selidik yang disediakan. Ciriciri nilai rasa produk yang dinilaikan oleh responden ialah rasa, warna, saiz dan penerimaan keseluruhan berasaskan skil hedonik 5-mata. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan ketara terhadap penerimaan produk yang dikaji. Cip berserat tinggi lolong bara sangat digemari diikuti oleh filet ikan patin berserdak roti, tempura ikan patin, kebab ikan keli dan filet ikan tilapia strukturan berserdak roti. Maklumat ini boleh digunakan oleh usahawan untuk merancang pembangunan produk baharu dan strategi pemasaran. Penjana teknologi juga boleh menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan mutu produk sedia ada atau merancang pembangunan produk baharu berasaskan ikan.

Teks Penuh (149 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.