Aplikasi sistem asai transien untuk kajian kefungsian gen dalam bidang agrobioteknologi

Category: Bil. 5 (2014)

Wee Chien Yeong dan Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan

Ringkasan

Bidang agrobioteknologi telah diberi keutamaan untuk mentransformasi sektor pertanian dengan penggunaan kaedah bioteknologi. Fokus sektor pertanian kini tertumpu kepada peningkatan hasil dan mutu hasilan, peningkatan daya saing produk serta menuju ke arah pengkomersialan. Genomik berfungsi merupakan salah satu platform penyelidikan yang diaplikasi secara meluas untuk mencapai matlamat ini. Perkembangan pesat teknologi biologi molekul baharu membolehkan penjanaan pangkalan data gen atau protein secara mudah. Walau bagaimanapun, pengesahan fungsi spesifik gen atau protein tertentu diperlukan sebelum pangkalan data jujukan gen atau protein yang dijana dieksploitasi secara efisien. Sistem asai transien dibangunkan untuk mencirikan gen-gen yang bersifat novel dan juga mengenal pasti fungsi spesifik sesuatu gen. Ia merupakan satu pendekatan yang mudah dan pantas untuk pengesahan fungsi gen secara berskala besar. Selain itu, sistem ini juga digunakan untuk mengenal pasti gen yang berperanan sebagai langkah kadar terhad dalam satu tapak jalan, menguji keberkesanan konstruk transformasi yang dibangunkan dan lain-lain. Kini, sistem asai transien digunakan untuk pengesahan fungsi gen pertahanan betik dan pengenalpastian gen berpotensi yang terlibat dalam mekanisme pertahanan terhadap penyakit mati rosot betik.

Teks Penuh (257 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.