Daripada tumbuhan kepada ubatan: aplikasi kemoinformatik dalam mengeksploitasi potensi tumbuhan bagi rawatan penyakit

Category: Bil. 9 (2016)

Lina Rozano, Muhammad Redha Abdullah Zawawi dan Indu Bala Jaganath

Ringkasan

Keluasan biodiversiti tumbuhan di negara ini merupakan kelebihan yang perlu dieksplorasi untuk kebaikan semua. Penemuan kompaun kimia tumbuhan dengan keupayaan merawat penyakit HIV/AIDS di hutan hujan Sarawak membuktikan potensi sumber tumbuhan negara dalam rawatan penyakit kritikal. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi tumbuhan dengan potensi merawat penyakit yang masih belum dieksploitasi. Pengenalan bidang kemoinformatik yang telah wujud sejak tahun 1998 digunakan dalam industri farmaseutikal bagi pembangunan ubatan baru telah menjadi teknologi penting dalam mengeksploitasi potensi kompaun kimia tumbuhan untuk rawatan penyakit. Melalui aplikasi kemoinformatik, kompaun kimia daripada tumbuhan dapat disaring bagi mengenal pasti ciri-ciri terapeutik untuk rawatan penyakit seperti penyakit jantung, diabetis, obesiti dan serangan virus. Pendekatan kemoinformatik juga dapat menentukan sama ada sesuatu kompaun kimia tumbuhan sesuai untuk dijadikan kompaun asas dalam ubatan moden dan juga tahap toksisiti yang terkandung dalam kompaun kimia tersebut. Aplikasi teknologi kemoinformatik tidak terhad kepada mana-mana tumbuhan dan ia mampu memperkembangkan lagi penyelidikan tumbuhan dalam mencari penawar penyakit manusia.

Teks Penuh (365 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.