Proses penulenan propolis lebah kelulut

Written by Mahani

Mohd Zulkhairi Azid, Rosliza Jajuli, Mirfat Hj. Ahmad Hasan Salahuddin dan Erny Sabrina Mohd Noor

Ringkasan

Selain madu dan bee bread (pollen), lebah kelulut juga menghasilkan propolis yang bertanggungjawab melindungi koloni daripada serangan musuh, mengekalkan kelembapan koloni serta mengukuhkan struktur sarang koloni. Propolis terhasil daripada resin atau getah tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah kelulut bersama enzim di dalam badannya. Kandungan sebatian kimia berfungsi dalam propolis amat kaya dengan asid fenolik yang bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai khasiat dan kebaikan seperti antioksida, antikanser, antifungi dan sebagainya. Proses penulenan propolis bertujuan untuk menyingkirkan bendasing, kotoran dalam propolis selain mengesktrak sebatian kimia aktif di dalamnya. Hasil kajian mendapati, propolis yang telah ditulenkan berupaya untuk merencat radikal bebas lebih baik daripada propolis mentah. Propolis yang telah ditulenkan boleh dibangunkan sebagai produk tambah nilai pada masa hadapan. 

Teks Penuh (1292 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.