Teknologi pertanian tepat dalam pengeluaran ternakan

Written by Mahani

Mohd Azri Azman, Azizi Ahmad Azmin, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Hafiz Abd Wahab, Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Mohd Saufi Bastami, Mohd Azlan Pauzi, Dzulfazly Aminudin, Mohd Rosly Shaari, Predith Michael, Julie Marzlinda Mohd Razaki, Amie Marini Abu Bakar, Nasyatul Ekma Mohd Hussin, Nik Siti Mariani Wan Hamat dan Marini Ahmad Marzuki

Ringkasan

Jumlah permintaan daging global dijangka meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 15 tahun akan datang. Trend ini dicetuskan oleh peningkatan jumlah mereka yang mengamalkan diet berasaskan protein. Beberapa isu timbul seperti pemantauan kebajikan dan kesihatan haiwan, masalah pencemaran daripada bahan buangan haiwan dan isu keselamatan makanan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), penggunaan teknologi akan memainkan peranan utama dalam mengatasi cabaran ini dan memastikan bekalan makanan mencukupi bagi menampung jumlah penduduk yang dijangka meningkat sebanyak 9.7 bilion menjelang tahun 2050. Teknologi pertanian tepat dalam pengeluaran ternakan (PLF) menyediakan satu pengurusan sistem secara automatik dan masa-nyata berterusan yang memberi penambahbaikan untuk pengurusan ladang, meningkatkan kelestarian dan pengeluaran ternakan, meningkatkan kebajikan haiwan ternakan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Walau bagaimanapun, aplikasi PLF hanya boleh digunakan sebagai alat pengurusan dan tidak boleh menggantikan pengetahuan dan

Teks Penuh (607 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.