Biri-biri Dorper dan potensinya sebagai sumber daging di Malaysia

Written by Mahani

Nurulhuda Md. Ozman

Ringkasan

Baka biri-biri Dorper telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2008 dan telah dinilai mempunyai potensi sebagai baka yang boleh meningkatkan pengeluaran daging Malaysia. Baka ini mempunyai ketahanan yang tinggi pada penyakit tempatan dan iklim di Malaysia. Baka ini juga didapati mampu menyesuaikan diri dengan sumber makanan tempatan. Biri-biri Dorper boleh dibiakkan sepanjang tahun dengan kadar kelahiran anak sehingga 110%. Sifat keibuan yang tinggi dan pengeluaran susu yang mencukupi membantu meningkatkan pengeluaran dan tumbesaran anak Dorper. Kadar kenaikan berat badan harian bagi anak yang agak tinggi iaitu 230 g/hari mampu dicapai dengan pengurusan dan pemakanan yang baik. Baka Dorper sangat sesuai diternak bawah sistem pengurusan semiintensif dan integrasi bawah tanaman kekal yang boleh mengurangkan kos buruh dan masalah kawasan yang tidak mencukupi.

Teks Penuh (593 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.