Rumput Napier Pakchong sebagai sumber protein ternakan ruminan

Written by Mahani

Thayalini Kathiraser, Siti Hajar Zakaria, Wan Abdul Ghani Mohamed, Mohammad Fitri Rimi Hamidan, Nasyah Rita Azira Mohd Abdul Nasir dan Mohd Rosly Shaari

Ringkasan

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pada tahun 2015 terdapat defisit sebanyak hampir RM18 bilion dalam keperluan makanan dan salah satu isu penting yang perlu ditangani adalah keperluan makanan ternakan. Antara masalah kritikal industri ternakan ruminan di Malaysia adalah kebergantungan penternak dan pengeluar makanan ternakan kepada sumber yang diimport bagi menampung keperluan ternakan. Menurut kajian lain, foraj seperti rumput ternakan merupakan salah satu sumber makanan yang murah untuk ruminan, tetapi mempunyai kandungan protein kasar yang rendah untuk memenuhi keperluan ruminan. Daripada hasil kajian di Thailand didapati bahawa rumput kacukan Napier Pakchong mempunyai kandungan protein kasar yang agak tinggi dan sesuai untuk keperluan ruminan. Kajian ini menunjukkan bahawa rumput Napier Pakchong sesuai ditanam di tanah tempatan. Analisis data jumlah peratus protein kasar dan hasil berat kering per hektar serta nisbah daun kepada batang menunjukkan bahawa penuaian rumput Napier Pakchong adalah paling optimum pada minggu ketujuh di mana kandungan peratusan protein dan hasil berat kering yang optimum diperoleh. Hasil tuaian minggu ketujuh juga mampu memenuhi keperluan nutrien ternakan ruminan dari pelbagai peringkat tumbesaran. 

Teks Penuh (347 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.