Penyalut dan filem boleh dimakan sebagai alternatif untuk industri pembungkusan makanan: ulasan

Written by Mahani

Siah Watt Moey

Ringkasan

Penyalut dan filem pembungkus boleh dimakan adalah lapisan nipis yang dibangunkan daripada bahan yang boleh dimakan untuk bertindak sebagai penghalang kepada unsur-unsur luar untuk melindungi produk serta memanjangkan tempoh penyimpanan makanan. Penyalut dan filem boleh dimakan menjadi satu alternatif sebagai bahan pembungkus untuk makanan selain daripada bahan pembungkus sedia ada yang berasaskan petroleum. Ia boleh diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang berasal daripada sumber-sumber tumbuhan atau haiwan seperti polisakarida, protein dan lipid. Proses yang biasa digunakan untuk menghasilkan penyalut dan filem boleh dimakan adalah melalui proses basah iaitu dengan kaedah tuangan, semburan serta celupan, dan proses kering iaitu kaedah penyemperitan. Walaupun penggunaan penyalut dan filem boleh dimakan dapat memberikan banyak faedah, namun kajian lanjut perlu dijalankan bagi tujuan memperbaiki sifat mekanikal dan proses pengeluaran pada skala lebih besar untuk mengurangkan kos sebelum boleh digunakan secara meluas.

Teks Penuh (234 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.