Impak teknologi pertanian bandar dan potensinya dalam mengurangkan perbelanjaan isi rumah

Category: Bil. 17
Published Date Written by Mahani

Rasmuna Mazwan Muhammad, Hairuddin Mohd Amir, Nik Rozana Nik Mohd Masdek, Mohd Tarmizi Haimid dan Siti Zahrah Ponari

Ringkasan

Pertanian bandar telah diubah peranan dan fungsinya supaya selari dengan perubahan dan keperluan sosiodemografi. Antara faktor yang dikenal pasti adalah urbanisasi, kemiskinan bandar dan kekangan kawasan pertanian. Faktor-faktor tersebut memberi laluan kepada aktiviti ekonomi yang mampu memberikan pulangan kewangan dan sosial yang lebih tinggi. Dianggarkan sejumlah 75.4% daripada penduduk Malaysia menetap di kawasan bandar, antaranya ialah golongan isi rumah berpendapatan  kurang daripada RM2,000 sebulan. Adalah dianggarkan 50 – 70% daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan yang menyebabkan mereka berdepan dengan situsasi ‘miskin bandar’. Sebagai tindak balas kepada permasalahan ini, pertanian bandar dilihat sebagai pendekatan yang ideal untuk mengatasi senario ini. Oleh yang demikian, kajian ini membuktikan keberkesanan teknologi pertanian bandar dalam mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah. Analisis membuktikan pengurangan yang signifikan dengan jumlah purata penjimatan perbelanjaan sebanyak RM66.07 sebulan di kalangan responden. Kesimpulannya, penglibatan penduduk dalam pengeluaran sayur-sayuran untuk kegunaan isi rumah menggunakan teknologi pertanian bandar perlu disokong kerana ia mampu menampung masalah peningkatan kos sara hidup. Di samping penghasilan produk segar yang tetap untuk kegunaan sendiri, peserta boleh juga memasarkan hasil pengeluaran mereka kepada penduduk setempat dan ini dapat menjana pendapatan sampingan.

Teks penuh (460 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.