Teknologi proteomik untuk mengenal pasti faktor virulen dan protein efektor daripada patogen mati rosot betik

Written by Mahani

Norliza Abu Bakar dan Mohd Zulfadli Sohaime

Ringkasan

Bidang bioteknologi patogen mempunyai kepentingan dan boleh diaplikasikan dalam strategi mengawal penyakit penting seperti penyakit mati rosot betik. Pengenalpastian protein virulen dan efektor daripada Erwinia mallotivora dicapai menggunakan analisis protein kuantitatif iTRAQ dan disokong oleh spektrofotometer jisim dan kajian bioinformatik. Secara amnya, pengenalpastian protein berkaitan virulen yang dijalankan melalui proses penglabelan sampel dengan reagen iTRAQ, penulenan protein berlabel, proses spektrofotometer LC MS-MS, analisis bioinformatik dan analisis carian di pangkalan data terpilih. Melalui kaedah ini, patogen mati rosot betik telah dikultur dalam dua medium yang berbeza iaitu medium yang mengandungi nutrien minimum (medium M9) dan medium kaya nutrien (medium LB) di mana protein virulen dan efektor dihasilkan dalam kadar yang berbeza. Protein yang dihasilkan kemudiannya dilabel dengan reagen iTRAQ berbeza dan dihantar untuk spektrometri jisim bagi pengenalpastian protein. Maklumat yang diperoleh daripada projek ini telah memudahkan penemuan potensi virulensi dan tindak balas hipersensitif dan patogenisiti (hrp) dan protein daripada patogen untuk akhirnya memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai mekanisme molekul patogen mati rosot betik. Ini adalah penting untuk pembangunan teknologi baharu untuk mengawal penyakit mati rosot betik dan dalam membangunkan strategi baharu untuk perlindungan tanaman betik. 

Teks Penuh (302 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.