Penggunaan mikronutrien terpilih sebagai langkah alternatif yang berkesan bagi pengurusan penyakit mati rosot betik

Written by Mahani

Nur Adliza Baharom, Farah Huda Sjafni Suherman dan Mohd Nazaruddin Anuar

Ringkasan

Penyakit mati rosot betik merupakan penyakit utama yang menyerang tanaman betik di Malaysia. Kerugian hasil yang tinggi disebabkan oleh penyakit ini menyebabkan penanaman betik di Malaysia semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Sehingga kini, tiada langkah pengawalan yang berkesan serta efektif bagi mengawal penyakit ini. Disebabkan itu, langkah pengawalan alternatif yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian penyakit ini adalah dengan penggunaan mikronutrien terpilih iaitu kuprum, boron dan mangan yang berfungsi dalam merangsang mekanisme pertahanan semula jadi tanaman secara amnya. Amalan ini dilihat mudah untuk diaplikasikan dalam piawaian amalan pertanian di Malaysia. 

Teks Penuh (399 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.