Sistem perumusan makanan kambing dan biri-biri secara atas talian

Marini Ahmad Marzuki, Shanmugavelu M. Sithambaram, Zaireen Abdul Rahman, Predith Michael, Mohamad Hifzan Rosali dan Hasri Juhari

Ringkasan

Sistem perumusan makanan yang boleh dicapai secara atas talian telah dibangunkan bagi membolehkan penternak merumus makanan mengikut keperluan ternakan pada harga terendah serta berdasarkan sumber makanan yang ada di kawasan setempat. Sistem ini mengira keperluan nutrien berdasarkan kepada anggaran berat badan, jangkaan kadar pertumbuhan dan peringkat pengeluaran ternakan (penyelenggaraan, pertumbuhan atau laktasi). Sistem ini mengambil kira kedua-dua konsentrat dan foraj ke dalam formula dan mengira rejim makanan serta komposisi dan kos makanan. Sistem berasaskan web ini membolehkan penternak memberi makanan mengikut keperluan dan mengekalkan kos pengeluaran pada tahap optimum. Enjin pengoptimuman teras dibangunkan menggunakan bahasa ‘Optimize Modelling’ (OML) daripada ‘Microsoft Solver Foundation Services’ bersepadu dengan metodologi ‘Linear Programming’ (LP). Pembangunan pangkalan data dapat meningkatkan penggunaan teknologi ICT dalam bidang pertanian dengan meluas di kalangan penternak dan pengusaha tempatan serta meningkatkan prestasi pengeluaran ruminan kecil. Sistem yang dibangunkan juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar di universiti. 

Teks Penuh (710 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.