Pencirian minyak pati dan aplikasi ekstrak akar lada hutan dalam pembangunan kiub minuman botani

Nicholas Daniel, Chua Hun Pin dan Syahida Maarof

Ringkasan

Minyak pati akar lada hutan spesies Piper arborescens dan Piper caninum diekstrak dengan menggunakan kaedah penyulingan Clevenger dan dianalisis menggunakan kromatografi gas dengan pengesan pengionan nyala (GC-FID). Sebanyak 54 dan 57 komponen kimia masingmasing dalam minyak pati akar lada hutan Piper arborescens dan Piper caninum telah dikenal pasti. Tiga sebatian utama dalam minyak pati Piper arborescens ialah pentadecanal (18.88%), guaiol (11.19%) dan ?-guaiene (11.12%), manakala empat sebatian utama dalam minyak pati Piper caninum ialah isocaryophyllene (20.60%), (E)-?-bergamotene (13.74%), (E)-isoeugenol (13.46%) dan (E,Z)-3,6-nonadien-1-ol (9.35%). Penilaian kapasiti antioksida menunjukkan nilai EC50 minyak pati Piper arborescens dan Piper caninum masing-masing ialah 249.30 ?g/mL dan 238.70 ?g/ mL yang menunjukkan aktiviti yang rendah terhadap ujian DPPH. Ujian sitotoksisiti menunjukkan minyak pati akar lada hutan Piper arborescens memberikan tahap sitotoksisiti yang lebih kuat dengan nilai LC50 57.95 ?g/mL dan boleh dikategorikan sebagai sumber semula jadi yang mempunyai potensi sebagai bahan antitumor dan antikanser, berbanding dengan minyak pati akar lada hutan Piper caninum dengan tahap sitotoksisiti yang rendah pada nilai LC50 249.74 ?g/mL. Pembangunan produk ke atas sampel akar lada hutan ini telah menghasilkan kiub minuman botani yang mempunyai fungsi khusus sebagai bahan antiradang. Ujian menunjukkan aktiviti antiradang daripada produk kiub akar lada hutan adalah tinggi, setanding dengan aktiviti yang ditunjukkan oleh ubat komersial. Produk ini berpotensi untuk dijadikan sebagai alternatif kepada ubat sintetik bagi merawat masalah keradangan.

Teks Penuh (389 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.