Kapasiti antioksida dalam buah tempatan terpilih

Dr. Syahida Maarof

Ringkasan

Pengambilan buah-buahan segar atau jus buah sering dikaitkan dengan kesan kesihatan yang baik dan keupayaan pengawalan terhadap beberapa jenis penyakit. Kesan baik daripada buah-buahan disumbangkan oleh kandungan sebatian antioksida yang bertindak menghalang pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel sekali gus mengelak daripada penyakit degeneratif (penyakit yang melibatkan tisu, sel dan saraf). Penilaian kapasiti antioksida setiap buah dijalankan menggunakan kaedah pemerangkapan radikal bebas 2,2-Diphenyl-1-Picrylhydrazyl (DPPH) dan penilaian kapasiti antioksida melalui penurunan ion ferik (FRAP). Buah yang mempunyai aktiviti antioksida yang baik ialah buah jambu batu, durian belanda, belimbing dan betik Sekaki. Setiap satu buah-buahan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Buah durian belanda menunjukkan kapasiti antioksida yang baik terhadap kedua-dua radikal bebas; pemerangkapan DPPH dan kuasa penurunan terhadap ion Fe3+. Buah jambu batu juga mempunyai kapasiti pemerangkapan radikal bebas DPPH yang baik. Manakala bagi buah betik Sekaki, ia memberikan nilai FRAP yang tinggi. Pengambilan buah-buahan segar sebanyak 4 – 5 hidangan sehari menjanjikan peningkatan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Teks Penuh (407 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.