Nilai indeks glisemik bagi buah tembikai di Malaysia

Sabeetha Sarmin

Ringkasan

Tembikai (Citrullus lanatus Thunb. Matsum dan Nakai) merupakan antara pilihan buah yang digemari dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai pencuci mulut dan mudah didapati sepanjang tahun. Penentuan indeks glisemik telah dijalankan ke atas 14 individu berdasarkan kriteria yang ditetapkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Sebanyak 25 g karbohidrat tersedia yang terdiri daripada glukosa tulen (GlucolinĀ®) sebagai makanan piawai dan empat makanan ujian (tembikai merah tanpa biji dipotong, tembikai merah berbiji dipotong, tembikai kuning dipotong dan segelas jus tembikai merah tanpa biji) diberikan secara rawak kepada responden selepas berpuasa semalaman. Sampel darah diambil sebanyak beberapa kali dan nilai indeks glisemik ditentukan sebagai peratusan berdasarkan pengiraan kawasan bawah lengkung makanan ujian daripada purata kawasan bawah lengkung makanan piawai. Indeks glisemik bagi tembikai merah tanpa biji dan jus tembikai merah tanpa biji ialah 51 manakala tembikai merah berbiji ialah 48 dan tembikai kuning ialah 47. Semua sampel tembikai diklasifikasikan sebagai makanan rendah nilai GI (bawah 55). Hasil kajian ini diharap dapat digunakan sebagai asas penyelidikan dan rujukan kepada semua pihak terutama pakar pemakanan, ahli perubatan, pesakit diabetes dan orang ramai.Ā 

Teks Penuh (355 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.