Teknik penanaman rumput Napier untuk peningkatan hasil optimum

Muhammad Hazwan Mustaffer

Ringkasan

Kos bahan makanan ternakan semakin meningkat setiap tahun. Usaha mengeluarkan bahan makanan bersumberkan bahan tempatan seperti rumput Napier merupakan satu perusahaan yang berpotensi besar untuk dijalankan sama ada oleh para penternak atau pengusaha persendirian. Melalui teknik penanaman dan pengurusan pembajaan serta pengairan yang baik dan betul, kadar tumbesaran, hasil dan prestasi rumput Napier dapat ditingkatkan dan dikekalkan selain turut memanjangkan jangka hayat rumput berkenaan. Amalan pengurusan ladang atau kawasan pastura Napier yang baik mampu menjimatkan kos pengurusan makanan ternakan dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada penternak atau pengusaha terbabit.

Teks Penuh (396 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.