Pencirian fenotipik kambing Katjang-Boer

Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Hafiz Abd. Wahab, Predith Micheal, Muhammad Nasir Jamaludin, Noor Athirah Mohamad Azhan dan Saadiah Jamli

Ringkasan

Pencirian morfologi baka ternakan adalah penting dalam program pembangunan baka kerana akan diguna pakai bagi tujuan penetapan dan penentuan ciri kualitatif dan kuantitatif untuk kambing dalam program pembiakbakaan. MARDI telah memulakan program kacukan antara kambing Katjang dan Boer bagi meningkatkan prestasi kambing Katjang dengan memanipulasi prestasi pertumbuhan yang baik kambing Boer serta ciri-ciri adaptasi yang baik kambing Katjang. Pemerhatian telah dilakukan ke atas ciri morfologi unik seperti corak warna badan, bentuk tanduk, profil kepala dan bentuk telinga terhadap 183 kambing yang dihasilkan. Terdapat variasi pada corak warna bulu yang dilihat termasuk hitam/perang gelap (21.7%), hitam-perang/putih (48.2%), putih (12.0%) dan tompok (patch) (18.1%). Pemerhatian berdasarkan jantina menunjukkan corak warna badan paling tinggi adalah pada hitam-perang/putih paling tinggi pada jantan (39.6%) dan betina (60%). Bentuk tanduk dan profil kepala Katjang lebih banyak diturunkan kepada generasi kacukan Katjang-Boer pada kedua-dua jantan dan betina iaitu 66.7% dan 91.4% bagi bentuk tanduk tirus dan ke atas manakala 56.3% dan 71.4% bagi profil kepala lebar dan besar. Berbanding dengan tanduk dan kepala, bentuk telinga yang menunjukkan ciri Boer iaitu lebar dan ke bawah adalah paling tinggi untuk jantan dan betina masing-masing 67.5% dan 65.1%. Pencirian ini akan diguna pakai sebagai penentuan ciri-ciri unggul untuk baka Katjang-Boer seterusnya menjadi asas pemilihan untuk pembangunan baka baharu kambing.

Teks Penuh (320 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.