Kambing Katjang tempatan: Taburannya dan penentuan fenotipik serta genotipik

Amie Marini Abu Bakar, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd. Azwan Jaafar, Mohd. Firdaus Othman dan Md. Tasol Sagiman

Ringkasan

Penternakan kambing tempatan kurang menjadi pilihan penternak kerana saiznya yang kecil. Kebanyakan kambing Katjang yang dijumpai telah mengalami kacukan dengan kambing baka luar seperti Jamnapari, Boer, Kalahari, Savanna dan lain-lain. Situasi ini menyebabkan kambing Katjang asli semakin sukar diperoleh dan berisiko mengalami kepupusan. Kambing Katjang dijumpai diternak dalam bilangan yang kecil. Penentuan ciri fenotipik dan genotipik kambing Katjang amat diperlukan terutama bagi program pembiakbakaan berstruktur. Variasi genetik baka kambing di Malaysia iaitu kambing Katjang asli dan baka eksotik Jamnapari, Boer dan Savanna telah berjaya dianalisis menggunakan 30 penanda mikrosatelit. Didapati dua alel pada lokus ILSTS029 (154 bp) dan OarFCB48 (154 bp) menunjukkan frekuensi yang tinggi dan spesifik dalam baka Katjang dengan nilai masing-masing 0.45% dan 0.56%. Kombinasi kedua-dua alel ini boleh digunakan sebagai penanda berpotensi untuk mengenal pasti kambing Katjang. Sebanyak 384 SNP dibangunkan untuk menentukan nilai komposisi baka Katjang. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan peratusan komposisi darah kambing Katjang bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. Katjang di Perak menunjukkan 75% mempunyai darah Katjang, diikuti oleh Katjang di Kelantan (73%), Kedah (66%), Negeri Sembilan (65%), Johor (58%), Sabah (58%) dan Selangor (55%). Analisis fenotipik dan genotipik ini amat penting dan sesuai digunakan sebagai asas pengenalpastian untuk digunakan dalam pembiakbakaan, pemilihan dan pemuliharaan.

Teks Penuh (345 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.