Kesan jenis makanan ikan terhadap penilaian sensori filet ikan tilapia merah

Siah Watt Moey, Yong Su Ting, Ashahida Amran, Hairiyah Mohamad dan Nor Afiqah Sugerno

Ringkasan

Kajian ini dilaksanakan bagi menilai kesan jenis makanan ikan tilapia merah terhadap kualiti penerimaan nilai rasa filet ikan yang dihasilkan. Dua jenis makanan ikan telah dibangunkan iaitu makanan ikan yang mengandungi mil bijan (MB) dan mil ikan tempatan (MI) serta makanan ikan yang mengandungi mil bulu ayam (MBA) dan mil bijan (MB). Kedua-dua jenis formulasi makanan ikan ini diberi kepada ikan tilapia merah dan filet daripada ikan tersebut dibandingkan dengan filet ikan yang dihasilkan daripada ikan yang diberi makanan ikan komersial. Hasil kajian menunjukkan bahawa panel penilai rasa tidak dapat mengesan sebarang perbezaan bererti untuk semua jenis filet ikan yang dinilai. Maka kajian penilaian sensori filet ikan ini menunjukkan bahawa pengguna boleh menerima ikan yang diberi makanan ikan yang dibangunkan. Makanan ikan yang mengandungi MB dan MI serta makanan ikan yang mengandungi MBA dan MB mempunyai potensi untuk menghasilkan ikan yang sama kualiti dari segi penampilan, bau, rasa, tekstur dan penerimaan keseluruhan berbanding dengan ikan yang diberi makanan ikan komersial. Penggunaan makanan ikan yang berasaskan bahan mentah tempatan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan mentah import. Seterusnya memberi sumbangan kepada perkembangan industri akuakultur yang lebih mampan.

Teks Penuh (666 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.