Penyediaan kawasan dan penanaman kelapa di ladang

Khairol Ismail dan Mohamad Asyraf Husin

Ringkasan

Amalan kultur yang digunakan bagi proses penyediaan kawasan untuk penanaman semula atau penanaman baharu kelapa adalah antara aspek utama untuk meningkatkan prestasi hasil kelapa di ladang. Ia merupakan aktiviti utama untuk penyediaan kawasan penanaman kelapa, ini termasuklah pembersihan kawasan, sistem perparitan, jalan ladang, membaris dan menanam serta penyulaman anak pokok. Penyediaan plot penanaman yang sempurna membantu kepada keupayaan pengeluaran hasil yang optimum di samping penggunaan buruh yang efisien serta pelaburan kos yang minimum. Dengan permintaan semasa yang sentiasa tinggi dan harga pasaran setempat yang stabil, penanaman kelapa mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk jangka masa panjang kepada pengusaha tempatan selain memberi peluang perniagaan dan pekerjaan dalam sektor pertanian untuk masyarakat Malaysia.

Teks Penuh (467 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.