Pembangunan cendol kering segera

Nicholas Daniel, Chua Hun Pin, Suzalyna Mos, Teresa Anie Meng, Hazijah Mohd Hossen, Zakaria Abdul Rahman, Majelan Serudin dan Lorne Kadut

Ringkasan

Cendol merupakan makanan warisan Malaysia, dihasilkan daripada campuran tepung beras dan tepung ubi yang ditambah dengan pewarna hijau dan perisa yang diekstrak daripada daun pandan. Cendol segar mempunyai jangka hayat simpanan pendek yang biasanya disimpan secara sejuk dingin dan keadaan ini memberi kekangan ke atas pemprosesan dan pemasarannya. Bagi mengatasi masalah ini, teknik pemprosesan cendol kering segera telah dibangunkan oleh MARDI. Teknologi pemprosesan dibangunkan berdasarkan teknik memasak atau penggelatinan cepat dengan langkah utama pemprosesan yang terdiri daripada pengadunan bahan mentah, penggelatinan, pembentukan, memasak, pengeringan dan pembungkusan. Cendol kering segera dengan kandungan kelembapan bawah 10% boleh dibungkus dengan mudah untuk penyimpanan suhu bilik untuk pembungkusan runcit dan pukal. Cendol segar boleh disediakan dengan menghidrasikan semula cendol kering segera di dalam air mendidih atau dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 15 – 20 minit. Cendol segera mempunyai penampilan yang baik dan tekstur yang sama dengan cendol konvensional selepas proses rehidrasi. Cendol kering segera juga boleh digoreng bagi menghasilkan snek keropok cendol. Kaedah pemprosesan cendol kering segera yang mudah dan masa pemprosesan yang lebih pendek menjadikannya efektif dari segi kos dan penggunaan mesin yang minimum. Ini secara langsung akan membantu usahawan cendol dalam mengurangkan tenaga kerja, meminimumkan hasil buangan cendol semasa pemprosesan serta memudahkan simpanan stok cendol kering dalam jumlah yang banyak.

Teks Penuh (1725 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.