Autentikasi madu: isu dan cabaran menanganinya dalam perkembangan terkini keselamatan makanan

Noor Fadilah Mohd Bakri, Norra Ismail dan Hadijah Hassan

Ringkasan

Autentikasi makanan merupakan salah satu isu penting dalam keselamatan makanan. Produk madu yang mempunyai nilai nutraseutikal yang tinggi semakin popular di kalangan pengguna kerana khasiatnya yang pelbagai. Produk ini diklasifikasikan sebagai produk premium dengan nilai komersial yang tinggi di beberapa buah negara seperti Kesatuan Eropah. Ini menyebabkan ia menjadi sasaran amalan tidak beretika pengusaha/pengeluar madu di mana aktiviti pemalsuan dan penipuan madu dilaporkan berlaku di negara kita dan ia merupakan cabang utama isu autentikasi produk ini. Antara aktiviti pemalsuan yang dimaksudkan merujuk kepada penambahan gula industri ke dalam produk madu. Amalan ini mengelirukan pengguna dalam mendapatkan bekalan madu tulen. Namun begitu, pelbagai langkah dijalankan di peringkat tempatan dan antarabangsa membabitkan kerjasama penggubal undangundang, penguatkuasaan, ahli akademik mahupun pihak industri bagi membendung masalah ini. Pelbagai teknik pengesanan yang sensitif, tepat, pantas dan mudah diguna pakai dibangunkan di makmal-makmal seluruh dunia sebagai inisiatif mengurangkan gejala penipuan dan pemalsuan makanan ini daripada berleluasa. Pihak MARDI turut aktif membantu mengurangkan isu ini dengan membangunkan kaedah pengesanan parameter spesifik madu kelulut dan memainkan peranan utama dalam pembangunan dokumen Penetapan Spesifikasi Madu Kelulut (Stingless bee) MS 2683:2017.

Teks penuh (389 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.