Lembu Bali sebagai baka lembu pedaging alternatif di Malaysia

Mohd. Hafiz Abd. Wahab, Mohamad Hifzan Rosali dan Izuan Bahtiar Ab. Jalal

Ringkasan

Dalam sektor ternakan di Malaysia, subsektor ruminan besar menyumbang kepada bekalan daging merah domestik. Isu utama dalam industri ini adalah kekurangan ternakan dan baka berkualiti tinggi yang mampu beradaptasi dengan persekitaran tempatan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengembangkan industri ini seperti mengimport baka eksotik, membangunkan kacukan lembu pedaging dengan menggunakan induk betina lembu tempatan iaitu Kedah-Kelantan serta program penternakan secara pawah. Namun, kebanyakan program ini tidak mampu bertahan untuk jangkamasa yang lama. Lembu Bali merupakan antara baka lembu yang dibawa masuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut dan dilihat sebagai baka yang berpotensi untuk dimajukan di Malaysia kerana keupayaannya beradaptasi dengan persekitaran tropika, tahan kepada penyakit dan parasit serta mampu untuk bertahan dengan makanan yang berkualiti rendah. Program penyelidikan dan pembangunan lembu Bali perlu dilaksanakan bagi membangunkan pakej lengkap teknologi pengeluaran lembu Bali di Malaysia sebagai alternatif baka lembu pedaging.

Teks Penuh (358 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.