Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawan

Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Rosli Mohd Abu dan Syaliyana Khairudin

Ringkasan

Kualiti benih cendawan adalah faktor penting yang mempengaruhi hasil akhir pengeluaran cendawan. Kebanyakan benih cendawan adalah dalam bentuk bijirin. Biji gandum, sorgum dan biji jagung digunakan sebagai pembawa untuk pertumbuhan miselium cendawan. Inokulasi benih cendawan bijirin ke dalam beg medium merupakan proses penting. Proses penginokulasian memerlukan kemahiran dan tumpuan untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran dari segi masa dan bahan. Benih cendawan pelet boleh dihasilkan dengan menggunakan habuk kayu getah, jerami padi dan kayu sebagai pembawa. Ini menjadikannya satu bentuk yang kukuh dan mudah untuk dikendali dan diinokulasi berbanding dengan benih cendawan bijirin. Strain cendawan, Pleurotus pulmonaris, Pleurotus florida dan Schizophyllum commune dikulturkan pada pelet kayu untuk pertumbuhan miselium cendawan. Pelet kayu yang diselaputi miselium cendawan diinokulat ke dalam beg substrak. Kos penghasilan benih cendawan pelet kayu ialah 30% lebih rendah berbanding dengan pengeluaran benih cendawan secara bijirin. Inokulasi pelet kayu ke dalam substrak beg cendawan lebih mudah dan pantas dibandingkan dengan penggunaan bijirin. Tambahan pula, masa penginokulasian dapat dikurangkan sehingga 40% berbanding dengan kaedah konvensional. Teknologi penghasilan dan penggunaan benih cendawan pelet kayu di kalangan pengusaha cendawan tidak meluas. Justeru, penggunaan benih cendawan pelet dilihat sebagai satu alternatif penginokulasi yang mudah, efisien dan praktikal untuk penanam cendawan.

Teks Penuh (986 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.