Benih cendawan cecair: Kaedah pengkulturan baharu untuk industri cendawan tempatan

Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Mohd Hafiz Fikri Hazemi, Ahmad Fuad Badrun, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Mohd Azmirredzuan Sani dan Syaliyana Khairudin

Ringkasan

Masalah bekalan dan mutu benih cendawan menjadi faktor kekangan utama yang dihadapi oleh pengusaha cendawan. Teknologi penghasilan benih cecair merupakan alternatif penggantian terhadap penggunaan benih cendawan bijirin (konvensional). Benih cendawan cecair diguna pakai oleh pengusaha cendawan berskala tinggi (industri) untuk mempercepatkan suntikan benih dan mengelakkan daripada pencemaran. Namun begitu, ia melibatkan kos dan penyelenggaraan yang tinggi. Justeru, penghasilan prototaip alat ALVI bertindak sebagai pemudah cara untuk inokulasi benih cendawan cecair bagi penggunaan pengusaha cendawan kecil dan sederhana (SME) secara kos efektif. Secara tidak langsung, kombinasi teknologi benih cendawan cecair dan prototaip alat ALVI menyediakan pakej lengkap untuk pengusaha cendawan beralih ke tahap baharu.

Teks Penuh (490 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.