Penanaman timun secara fertigasi

Yaseer Suhaimi Mohd

Ringkasan

Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk tanaman jangka masa singkat seperti timun. Penanaman timun secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Penanaman timun menggunakan sistem fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil sehingga dua kali ganda berbanding dengan penanaman secara konvensional. Prestasi hasil yang tinggi iaitu 4 – 8 kg/pokok dapat meningkatkan lagi pendapatan pengusaha. Dengan pengeluaran hasil yang meningkat, penanaman timun secara fertigasi mampu menjadi pilihan utama kepada usahawan tani.

Teks Penuh (307 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.