TrichoSHIELD: Kawalan biologi penyakit antraknos pada cili

Nur Liyana Iskandar, Zurin Aida Jamilan, Farah Huda Sjafni Suherman, Nur Adliza Baharom dan Aimi Athirah Ahmad

Ringkasan

Pengeluaran tanaman seperti sayur-sayuran adalah berisiko terhadap serangan perosak dan penyakit. Tanaman cili khususnya sering terdedah kepada ancaman penyakit antraknos yang sering berlaku pada musim hujan. Bagi mengatasi masalah ini, petani bergantung kepada penggunaan racun kimia yang banyak dijual di pasaran. Umum mengetahui, penggunaan racun kimia untuk tempoh yang panjang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Oleh itu, produk biopestisida yang terdiri daripada mikrob yang berfaedah seperti Trichoderma dilihat mampu bersaing dan menjadi alternatif kepada racun kimia. TrichoSHIELD yang mengandungi bahan aktif Trichoderma asperellum dikenal pasti dapat mengurangkan jangkitan penyakit antraknos pada tanaman cili.

Teks Penuh (439 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2020 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.