Penanaman pisang secara fertigasi berasaskan tanah

Yaseer Suhaimi Mohd

Ringkasan

Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Peningkatan hasil pada tanaman rockmelon, tomato dan cili sebanyak 2 – 3 kali ganda telah menarik minat petani dan usahawan tani dalam mengaplikasikan teknologi moden ini. Penanaman pisang secara konvensional sering menghadapi masalah pengeluaran hasil yang rendah serta tidak konsisten. Kaedah pembajaan yang tidak konsisten melambatkan pungutan hasil tanaman serta tidak seragam. Teknologi penanaman pisang secara fertigasi berasaskan tanah menjadi satu pilihan alternatif kepada pengusaha tanaman pisang dalam meningkatkan hasil tanaman. Teknologi ini telah terbukti berkesan dalam meningkatkan hasil tanaman pisang berbanding dengan kaedah konvensional sebanyak 26%. Penanaman pisang secara fertigasi berasaskan tanah dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan baja sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Teks Penuh (817 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.