Pengurusan perosak dan penyakit tanaman orkid

Nur Adliza Baharom, Farah Huda Sjafni Suherman, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Nurin Izzati Zulkifli, Rozlaily Zainol dan Hanim Ahmad

Ringkasan

Bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), penyelidikan bunga-bungaan di MARDI memfokuskan kepada pembangunan tanaman florikultur natif dan eksotik untuk pasaran global melalui pembangunan varieti baharu bernilai tinggi, pengadaptasian spesies terpilih, penghasilan produk florikultur versatil dan berfungsi bagi memenuhi permintaan pasaran global. Orkid merupakan salah satu tanaman yang diberi penekanan dalam RMK-11 bermula pada tahun 2016. Tanaman ini tidak terkecuali daripada serangan perosak dan penyakit. Oleh itu, pengenalpastian perosak dan penyakit orkid serta pengurusan perosak dan penyakit secara mesra alam telah dijalankan. Artikel ini membincangkan mengenai perosak dan penyakit orkid serta pengurusannya. Pengurusan yang efektif adalah penting bagi mengekalkan kualiti dan nilai estetik orkid terutamanya bagi pasaran eksport.

Teks Penuh (588 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.