Gomphrena pulchella – Tanaman saka berbunga cantik untuk hiasan taman

Hanim Ahmad, Hamdan Mohd Noor, Zulhazmi Sayuti dan Muhammad Aliff Fitri Azali

Ringkasan

Gomphrena pulchella merupakan tanaman eksotik jenis saka berbunga cantik yang sesuai beradaptasi untuk dijadikan tanaman hiasan taman di negara ini. Melalui penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI, Gomphrena pulchella boleh dibiak secara penyemaian biji benih dan keratan batang. Anak benih atau keratan batang perlu dibesarkan di dalam nurseri sebelum dipindahkan ke dalam pasu dan kawasan landskap taman terbuka. Di taman, tanaman eksotik ini berupaya tumbuh dengan subur dan sentiasa mengeluarkan bunga. Tanaman ini mempunyai daun berwarna hijau, bertekstur sederhana lembut, tersusun bertentangan dan berbentuk bujur runcing serta mengeluarkan bungaan menarik iaitu berwarna merah jambu
dan berbentuk bulat. Tanaman eksotik yang diperkenalkan ini berpotensi untuk pasaran tempatan kerana memberikan impak landskap taman yang menarik.

Teks Penuh (389 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.