Dendrobium Zurina: Hidrid baharu orkid pasuan

Rozlaily Zainol, Farah Zaidat Mohd Nadzri, Najah Yahaya dan Nor Afzan Ramli

Ringkasan

Orkid tergolong sebagai tanaman eksklusif dan bernilai tinggi di Malaysia. Permintaan orkid sebagai tanaman hiasan untuk dekoratif dalaman dan luaran semakin meningkat. Kepelbagaian warna, keunikan bentuk dan ketahanan bunga serta kekerapan berbunga merupakan faktor utama orkid terpilih untuk menghiasi landskap dalaman dan luaran. Ciri-ciri
ini terdapat pada orkid Dendrobium Zurina yang mempunyai bunga berwarna terang, berbentuk unik dan menarik serta tahan lama. Jambangan bunganya yang panjang dengan bilangan bunga yang banyak dan tersusun kemas pada tangkai yang kuat menjadikannya sesuai sebagai pokok pasuan dan hiasan landskap. Di samping itu, pokoknya juga tahan lasak, mudah dijaga dan kerap berbunga. Kehadiran hibrid baharu tempatan ini dapat menambah kepelbagaian variasi orkid sebagai tanaman hiasan eksklusif di negara kita.

Teks Penuh (312 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.