Ledebouria socialis var. pauciflora sebagai tanaman hiasan dalaman dan gantung

Mohamed Hafeifi Basir, Masnira Muhammad Yusoff, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Hanim Ahmad, Mohd Adib Muhaimin Mohammad Salleh dan Mohd Yusmizan Ab. Manan

Ringkasan

Ledebouria socialis var. pauciflora merupakan tanaman jenis saka bersaiz kecil yang tumbuh di kawasan terestrial. Bentuknya yang menarik dan toleran kepada keadaan cahaya dan persekitaran di dalam pejabat menjadikan tanaman ini berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan dalaman dan juga gantung. Teknik pembiakan, penanaman dan penjagaan yang mudah membolehkan Ledebouria socialis var. pauciflora menjadi tanaman yang berpotensi untuk dikomersialkan. Pengenalan tanaman ini dalam hiasan dalaman dapat meningkatkan suasana yang menenangkan dan menambah nilai estetika kecantikan hiasan di dalam bangunan dan pejabat.

Teks Penuh (395 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.