Pokok pasuan natif sebagai tanaman fungsian dan penyerap gas toksik

Hamdan Mohd Noor, Hanim Ahmad dan Masnira Mohammad Yusoff

Ringkasan

Penanaman pokok hiasan sebagai tanaman landskap di dalam bangunan merupakan satu aktiviti yang sangat digemari untuk menghiasi ruangan di dalam rumah atau bangunan. Negara kita mempunyai banyak khazanah rimba yang masih belum diterokai dengan sepenuhnya dan masih banyak yang belum diketahui tentang kebaikan dan kefungsiannya. Kini, pokok hiasan di dalam rumah semakin mendapat perhatian dan diminati di Malaysia kerana ia bukan sahaja cantik pada pandangan mata, malah berfungsi untuk menyerap beberapa jenis gas toksik yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan seterusnya dapat menyegarkan dan memperbaiki kualiti udara di dalam rumah dan bangunan. Kebanyakan peralatan dan barangan hiasan yang terdapat di dalam rumah dan bangunan pejabat serta penggunaan cat dan varnis secara meluas merupakan faktor penyumbang kepada penghasilan gas toksik. Kini, hasil penyelidikan dan saringan ke atas beberapa pokok hiasan dalaman spesies natif telah mengenal pasti spesies yang mempunyai keupayaan menyerap gas toksik (VOC) dan berpotensi untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan fungsian. Antara spesies natif pokok hiasan itu adalah seperti Ledebouria socialis, Eugenia sp.,Piper porphyrophyllum, Peperomia argyreia dan Scindapsus pictus.

Teks Penuh (532 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.