Kelampayang batik: Tanaman hiasan berfungsi untuk landskap

Masnira Mohammad Yusoff, Mohd Yusmizan Ab. Manan, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Hamdan Mohd Noor

Ringkasan

Pokok hiasan dalaman semakin diminati oleh pengguna masa kini. Ia bukan sahaja memberi impak positif dari segi keceriaan bilik, ia juga boleh berfungsi untuk menyerap gas toksik dalam persekitaran dalaman. Antara pokok yang mempunyai sifat tersebut ialah kelampayang batik (Scindapsus pictus). Ia merupakan pokok natif tempatan yang hidup subur dalam hutan
di Malaysia. Kini pokok kelampayang batik diadaptasi untuk hidup subur dalam persekitaran di dalam bangunan. Pokok ini sangat mudah dibiakkan, mempunyai struktur pokok yang cantik dan memerlukan penyelenggaraan yang sangat minimum. Ia juga boleh bertahan sehingga lima bulan dalam persekitaran dalaman. Ciri-ciri tersebut menjadikan pokok ini amat sesuai untuk pengguna yang berkerjaya dan sibuk.

Teks Penuh (893 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.