Ekonomi kos pengeluaran tanaman multispesies dan orkid Arundina

Mohd Zaffrie Mat Amin, Hanim Ahmad, Mohd Tarmizi Haimid dan Muhamad Syafiq Ahmad Dani

Ringkasan

Industri florikultur dikenal pasti sebagai satu daripada industri penting, berdaya maju dan berpotensi sebagai sumber pertumbuhan baharu bagi menjana ekonomi negara. Komoditi bernilai tinggi ini menawarkan pelbagai jenis produk termasuk bunga keratan, bunga berpasu, bunga kering dan dedaun serta pokok tanaman hiasan. Tanaman hiasan kebanyakannya digunakan untuk landskap, hiasan dalaman dan hiasan luaran. Penggunaan pokok atau tanaman hiasan umumnya bertujuan
mewujudkan nilai estetik dan bersifat dinamik. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi Pusat Penyelidikan Hortikultur telah mengambil inisiatif membangunkan varieti tanaman bunga natif dan eksotik bagi menyediakan pelbagai jenis produk tanaman florikultur dan memenuhi permintaan pengguna dan dilihat mampu melonjakkan industri florikultur negara melalui penghasilan pelbagai jenis spesies baharu tanaman hiasan yang boleh dikomersialkan di peringkat tempatan dan menembusi industri florikultur antarabangsa. Pengiraan kos pengeluaran dan analisis tanaman dijadikan sebagai petunjuk dalam memberi keuntungan dan tempoh pulang modal dalam tempoh yang singkat dan boleh dikomersialkan secara meluas di dalam dan luar negara.

Teks Penuh (575 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.