Peperomia argyreia: Kriteria spesies dan teknik pembiakan untuk tanaman hiasan dalaman

Sakinah Idris, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Masnira Mohamad Yusoff, Mohamad Hafeifi Basir, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Muhammad Hanif Azlan

Ringkasan
Peperomia argyreia merupakan spesies yang unik dan menarik. Dikenali juga sebagai Peperomia ‘watermelon’ kerana mempunyai daun berjalur hijau dan putih seperti buah tembikai. Pengeluaran pokok Peperomia argyreia yang berterusan, seragam dan berkualiti dapat diperoleh dengan teknik pembiakan secara keratan batang, tangkai daun dan keratan daun. Penggunaan sistem pembiakan kapilari tertutup atau close capillary propagation system (CCPS) sesuai diaplikasi untuk membiak Peperomia argyreia. Penggunaan hormon pengakaran seperti seradik untuk mempercepatkan pengakaran adalah digalakkan. Keratan akan mula berakar dalam masa 2 – 3 minggu. Melalui teknik ini, pengeluaran bahan tanaman pokok Peperomia argyreia secara massa dan efisien dapat dicapai seterusnya dapat dikomersialkan sebagai tanaman hiasan dalaman yang berfungsi menyerap gas toksik.

Teks Penuh (546 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.