Orkid Arundina graminifolia sebagai tanaman hiasan landskap bandar

Wan Rozita Wan Engah, Norhasbulloh Abdullah dan Rozlaily Zainol

Ringkasan

Orkid Arundina merupakan tumbuhan hiasan jenis terestrial yang tahan panas dan amat sesuai digunakan sebagai elemen di dalam landskap negara kita. Arkitektur tumbuhan yang unik dan mempunyai kriteria yang ‘tahan panas’ menjadikan spesies ini sesuai diadaptasi untuk landskap bandar di Malaysia. Di MARDI, aktiviti pengumpulan janaplasma dan program pembaikbakaan Arundina graminifolia telah dimulakan sejak tahun 2013 sehingga kini. Koleksi janaplasma Arundina terkini mengandungi spesies yang berasal dari empat buah negara berbeza iaitu Malaysia, Vietnam, Laos dan India. Janaplasma Arundina tersebut telah digunakan sebagai sumber genetik dalam penghibridan untuk menghasilkan variasi di dalam populasi orkid Arundina. Kini, koleksi janaplasma Arundina di MARDI mempunyai saiz pokok yang berbeza-beza seperti jenis renek dari Vietnam, Laos dan
India, manakala jenis tinggi dari Malaysia. Arundina mengeluarkan bunga yang berlainan warna seperti putih dan merah jambu gelap.

Teks Penuh (387 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.