Senario industri florikultur Malaysia

Mohd Zaffrie Mat Amin, Hanim Ahmad, Mohd Tarmizi Haimid dan Muhamad Syafiq Ahmad Dani

Ringkasan

Industri florikultur tergolong dalam kategori produk pertanian bernilai tinggi, seperti mana yang termaktub dalam Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020). Produk florikultur keluaran Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Persaingan menjadi semakin sengit berikutan banyak negara pengeluar baharu bunga-bungaan mula berkecimpung dan semakin mendahului dalam aktiviti import dan eksport produk florikultur. Imbangan dagangan untuk komoditi/industri florikultur negara adalah positif. Berdasarkan empat kategori produk florikultur yang diperdagangkan, Malaysia menduduki carta 30 teratas dalam senarai negara pengeksport utama, dimana kategori bunga keratan menunjukkan potensi paling tinggi (kedudukan ketujuh).

Teks Penuh (929 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.