AgrobIS MARDI: Sistem pangkalan data berpusat bagi agrobiodiversiti

Azuan Amron, Muhammad Luqman Hakim Muhammad Fuad, Muhammad Izzat Farid Musaddin dan Rosliza Jajuli

Ringkasan

Penyelidikan agrobiodiversiti di MARDI menghasilkan data berskala besar yang terdiri daripada sumber genetik tanaman untuk makanan dan pertanian (PGRFA), sumber genetik haiwan untuk makanan dan pertanian (AnGR), koleksi artropoda dan koleksi mikroorganisma. PGRFA di dalam bank gen juga turut menjana data secara konsisten melalui kerja-kerja rutin seperti penggandaan biji benih, regenerasi dan juga saringan ciri-ciri berbeza untuk kajian yang spesifik. MARDI telah mengambil inisiatif membangunkan satu pangkalan data berpusat yang menggabungkan kesemua komponen tersebut dalam satu pangkalan data yang dinamakan sebagai Sistem Pangkalan Data Agrobiodiversiti [Agrobiodiversity Information System (AgrobIS)]. AgrobIS mempunyai dua paparan yang berbeza iaitu paparan untuk pemilik data dan paparan untuk capaian umum. Terdapat lima komponen utama di dalam AgrobIS iaitu PGRFA, mikrob, artropoda, haiwan ternakan dan bioteknologi. Sehingga kini, sebanyak 16,883 koleksi tersimpan dalam AgrobIS. PGRFA merekodkan data tertinggi iaitu sebanyak 16,054 aksesi. Padi pula merupakan penyumbang terbesar dalam data PGRFA (13,206 aksesi). Data lain adalah seperti artropoda (707 spesimen), kultur
mikrob (55 isolat), ternakan (30 data sampel) dan bioteknologi (37 sampel). AgrobIS juga menyediakan platform untuk permohonan material genetik tanaman. Maklumat yang terkandung dalam AgrobIS turut dimanfaatkan untuk pembangunan dashboard padi dan perkongsian di portal antarabangsa.

Teks penuh (1609KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.