Penilaian sitotoksik ceri Terengganu untuk pembangunan makanan berfungsi

Hadijah Hassan, Razali Mirad, Muhammad Anas Othaman, Aishah Mohd Ramli dan Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim

Ringkasan
Ceri Terengganu (Lepisanthes fruticosa) adalah sejenis buah nadir di Malaysia. Ia adalah spesies buah bukan musim yang berupaya menghasilkan buah sepanjang tahun. Baru-baru ini, penggunaan buah ini mendapat perhatian kerana nilai antioksidanya yang tinggi. Buah ini berpotensi digunakan sebagai makanan berfungsi untuk menjaga kesihatan. Oleh itu, status keselamatan ceri Terengganu perlu dinilai secara saintifik untuk penggunaan manusia. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik pelbagai bentuk sampel ceri Terengganu pada titisan sel yang berbeza (sel normal dan kanser) dengan menggunakan ujian MTT. Kajian saringan in vitro dan kajian ketoksikan menjadi semakin penting dalam penilaian risiko bahan makanan tertentu. Hasil kajian mendapati bahawa semua sampel (ekstrak air dan dikeringkan dengan ketuhar) tidak menghalang pertumbuhan sel normal pada sel terpilih (3T3, Vero dan MRC5) kerana nilai IC50 melebihi 500 ?g/mL. Menariknya, ceri Terengganu matang yang dikeringkan dan ceri Terengganu muda, berjaya menghalang pertumbuhan
sel kanser (sel MCF-7 dan CRL1739) dengan IC50 pada/ bawah nilai 50 ?g/ mL. Ini menunjukkan bahawa ceri Terengganu selamat pada sel normal dan berpotensi untuk menghalang percambahan sel kanser tertentu. Hasil ini penting untuk promosi penggunaan ceri Terengganu dalam pembangunan makanan berfungsi pada masa akan datang.

Teks penuh (1264KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.