Pengecaman, kegunaan dan pemuliharaan spesies bagi kerabat cekur

Izlamira Roslan, Mazlina Ramly, Noor Hisham Mohd Zainal Abidin dan Mohd Shukri Mohd Ali@Ibrahim

Ringkasan
Sebanyak 13 aksesi daripada lapan spesies Kaempferia telah dikenal pasti berdasarkan pencirian morfologi iaitu K. galanga L., K. pulchra Ridl., K. angustifolia Roscoe, K. rotunda L., K. parviflora Wall. ex Baker, K. gilbertii W. Bull, K. elegans (Wall.) Baker dan K. marginata Carey ex Roscoe. Gabungan ciri morfologi vegetatif dan bunga adalah penting dalam membezakan spesies. Kluster dendrogram UPGMA menunjukkan bahawa Kaempferia boleh dibahagikan kepada dua kluster utama berdasarkan 22
sifat morfologi dengan indeks kesamaan 0.44. Spesies Kaempferia banyak ditanam oleh penduduk tempatan sebagai penambah rasa makanan (K. galanga dan K. rotunda) dan untuk tujuan perubatan (K. galanga, K. pulchra, K. angustifolia, K. rotunda, K. parviflora dan K. marginata). Kaempferia mempunyai potensi besar sebagai tumbuhan hiasan dan landskap kerana
memiliki morfologi daun dan bunga yang menarik. Tumbuhan ini dipelihara sebagai koleksi germplasma untuk kajian lanjut, pendidikan dan penyelidikan.

Teks penuh (2637KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.