Jaluran bungaan: Pembangunan kaedah jaluran bungaan bagi meningkatkan kehadiran serangga bermanfaat di ladang buah kuini

Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Aimi Athirah Ahmad, Saiful Zaimi Jamil, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Rosliza Jajuli, Mohd Shahidan Shohaimi, Zul Helmey Mohamad Sabdin dan Mohd Shukri Mat Ali

Ringkasan
Perosak dan penyakit merupakan masalah utama tanaman Mangifera di Malaysia. Pergantungan sepenuhnya pada racun kimia bagi mengawal perosak tidak disyorkan, bukan sahaja disebabkan harganya yang kian meningkat, malah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan petani. Oleh itu, pendekatan secara menyeluruh yang memberi penekanan terhadap pengurusan perosak dan penyakit secara bersepadu ini sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah usaha peningkatan pengeluaran hasil buah-buahan. Pembangunan kaedah jaluran bungaan merupakan satu kaedah alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian. Konsep ini melibatkan amalan kultur seperti pengurusan vegetasi secara 80 manipulasi habitat yang berfungsi untuk meningkatkan kehadiran serangga bermanfaat yang terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid sekaligus untuk membantu mengawal serangga perosak secara biologi. Walau bagaimanapun, kaedah ini masih lagi baharu di Malaysia. Sehubungan itu, kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk mengukuhkan bukti dan meyakinkan petani bahawa kaedah ini mampu mengurangkan masalah
perosak dan juga penyakit dan bermanfaat untuk kelestarian alam sekitar serta kesihatan manusia.

Teks penuh (3486KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.