Kaedah dan perbezaan dalam penilaian biodiversiti serangga pada tanaman misai kucing

Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Rosliza Jajuli, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Mohd Shahidan Shohaimi, Wan Khairul Anuar Wan Ali, Ahmad Azinuddin Ahmad@Ramli, Nurul Najwa Zaini, Badrol Hisham Ibrahim, Mohd Nazri Baharon, Masnira Mohamad Yusuff, Patahayah Mansur, Aminah Mahmud, Mohd Salleh Sanusi dan Nur Saliha Abdullah Zulkifli

Ringkasan
Misai kucing adalah antara tumbuhan herba yang mendapat permintaan tinggi di peringkat pasaran global. Namun begitu, maklumat mengenai biodiversiti serangga dan kerosakan pada tanaman ini disebabkan serangan serangga masih terhad. Perkara ini adalah penting bagi mendapatkan maklumat awal dalam membantu petani mengenal pasti masalah perosak
yang akan memberi kesan kepada hasil pengeluaran tanaman mereka. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipilih untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat kerosakan dan pemantauan kehadiran serangga perosak. Kaedah sapuan, penggunan pelekat serangga dan kiraan terus telah digunakan untuk menilai biodiversiti serangga dan kerosakan pada
tanaman misai kucing. Ketiga-tiga kaedah ini telah memberikan keputusan dan penilaian yang berbeza. Daripada 10 kawasan pensampelan yang terlibat, Plot Misai Kucing, Jabatan Pertanian, Sendayan, Negeri Sembilan (DOAS) menunjukkan kekayaan dan kepelbagaian spesies yang tinggi berbanding dengan sembilan kawasan lain yang dipilih. Data kerosakan disepuluh kawasan penanaman misai kucing yang dipilih menunjukkan kehadiran serangga perosak pemakan daun yang tinggi (± 51.45%), tetapi keterukan adalah rendah iaitu bawah skor 0 – 1 (<30% keterukan). Insiden serangan serangga perosak penghisap daun adalah sangat rendah (± 6.31%) dengan keterukan juga rendah pada skor 0 – 1.

Teks penuh (4819KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.