Fenomena senario perubahan iklim di Cameron Highlands, Pahang

Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib 

Ringkasan
Unjuran perubahan iklim bagi senario RCP 4.5 dan RCP 8.5 telah dibangunkan bagi menilai kesan terhadap jumlah taburan hujan dan purata suhu di Cameron Highlands. Secara amnya, diunjurkan terdapat perubahan pada jumlah taburan hujan bulanan (kenaikan dan penurunan) iaitu sekitar –17% hingga 17% manakala purata suhu pula diunjurkan mengalami
peningkatan sehingga 6%. Walau bagaimanapun, trend cuaca adalah masih sama seperti klimatologi masa lampau (1971 – 2010), iaitu November dan Disember merupakan bulan paling basah (>250 mm) dengan purata suhu terendah (± 24 °C) sepanjang tahun, manakala Jun dan Julai merupakan bulan paling kering (<150 mm) dengan purata suhu tertinggi (± 26 °C)
sepanjang tahun. Oleh itu, kajian lanjut berkaitan impak perubahan iklim terhadap sektor pertanian khususnya perlu dijalankan sebagai langkah persediaan dalam menghadapi fenomena perubahan iklim pada masa akan datang. Strategi adaptasi dan mitigasi perlu dibangunkan agar impak senario perubahan iklim dunia pada masa akan datang terhadap negara
dapat diminimumkan.

Teks penuh (1.01MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.